Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah lama jugak saya pasang niat untuk buat benda ni.
"Apa kejadahnya Crescendo Carboxykinase ni? Nak sebut pun susah!
Pertama sekali, ada apa dengan Crescendo Carboxykinase ni? kalau cari dalam kamus tebal paras lutut pun belum tentu boleh jumpa punya. Okla, Sebenarnya hidup saya berkisar dengan dua benda ni:
a) Sains Kesihatan
b) Perempuan
b) Muzik
Nama ini adalah gabungan dua terminology berasingan yang saya pernah belajar tentang dua ilmu tersebut. Nak tahu maksudnya? boleh rujuk sini
"Habis tu, agama kau letak mana woih?"
Sabar dulu saudara, ya saya seorang Muslim dan saya bangga dengannya. Saya juga berazam untuk menggunakan medium ini untuk berdakwah semampu yang boleh. Rasanya tak perlu kot untuk highlight dalam nama. Jika tidak, apa bezanya saya dengan sahabat-sahabat di luar sana. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang mengambil jurusan ijazah perubatan di Alexandria University. Alhamdulillah berada di bumi para anbiyaa'. Mungkin kenangan di sini boleh dikongsikan sedikit.
"Muzik? kau reti main muzik ke?"
Ya, muzik ialah suatu ilmu unik yang saya pernah belajar semasa sekolah menengah dulu. Ia banyak berkenaan masa dan juga matematik. Dari sudut "bahasa"nya juga sangat mencabar untuk dibaca. Saya pernah berkecimpung dalam arena drum dan percussion. Namun, akibat sibuk dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibu bapa dan rakyat untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, sudah setahun lebih saya meninggalkan profesion ini. Namun, ia tetap dekat di hati.
Itu jela yang mampu dikongsikan sedikit tentang perihal diri.

Suatu ketika dahulu |
Itu jela yang mampu dikongsikan sedikit tentang perihal diri.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق